Pelajar mangsa kebakaran terima sumbangan

Pelajar mangsa kebakaran terima sumbangan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mac – Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan telah menghulurkan sumbangan derma kepada beberapa orang pelajar dari Sekolah Menengah Awang Semaun yang menjadi mangsa kebakaran di Kampung Tamoi Ujung dan Kampung Lurong Sikuna

Majlis penyampaian sumbangan berkenaan telah diadakan di sekolah menengah berkenaan dan hadir menyempurnakan penyampaian ialah Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan (Korporat) Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, Haji Azis bin Haji Nayan.

Sumbangan derma yang disampaikan dalam bentuk wang tunai itu merupakan hasil kutipan derma daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Sekolah-sekolah dan juga dari sekolah berkenaan. Sumbangan yang dihulurkan adalah sebagai tanda prihatin dan simpati terhadap musibah yang menimpa pelajar-pelajar berkenaan.

Penyampaian sumbangan kepada salah seorang pelajar.
Penyampaian sumbangan kepada salah seorang pelajar.

ARTIKEL YANG SAMA