Pelajar mangsa rumah roboh terima sumbangan

Pelajar mangsa rumah roboh terima sumbangan

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Ogos – Dua orang pelajar yang menjadi mangsa rumah roboh di Kampung Sungai Matan, Jalan Kota Batu pada 15 Julai yang lalu, hari ini menerima sumbangan daripada Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan pada majlis yang berlangsung di Bilik Persidangan, Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja, Mentiri.

Hadir bagi menyampaikan sumbangan tersebut ialah Penolong Pengarah, Ketua Bahagian Pentadbiran, Jabatan Sekolah-sekolah, Awang Nudin bin Haji Mohammad.

Pelajar-pelajar berkenaan ialah Dayang Auni Saliha binti Mohd Ariffin, pelajar Tahun 8, Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja, Mentiri dan Dayang Nur Hamisah binti Mohd Ariffin, pelajar Maktab Jururawat Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah.

Penyerahan sumbangan kepada mangsa rumah roboh.
Penyerahan sumbangan kepada mangsa rumah roboh.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, sumbangan berupa keperluan asasi dan pakaian berkenaan merupakan hasil kutipan daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Sekolah-sekolah yang diselenggarakan oleh Unit Kesejahteraan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, jabatan tersebut.

Sumbangan derma yang dihulurkan adalah sebagai tanda prihatin dan rasa pemedulian pihak jabatan terhadap kesejahteraan pelajar-pelajar berkenaan, di samping untuk membantu meringankan bebanan keluarga berkenaan akibat musibah tersebut. Turut hadir pada majlis itu ialah pegawai-pegawai dari Jabatan Sekolah-sekolah, pengetua dan guru-guru dari sekolah terlibat, ibu bapa serta penjaga pelajar-pelajar berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA