Pelajar masih kurang kemahiran Abad ke-21

Pelajar masih kurang kemahiran Abad ke-21

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jun – Kaji Selidik Kepuasan Majikan (Employers Satisfaction Survey) yang terkini mendapati majikan masih merasakan pelajar kurang kemahiran Abad ke-21 yang mana maklum balas ini secara konsisten ditekankan oleh majikan dalam kajian yang dibuat kebelakangan ini.

Trend ini bukan sahaja berlaku kepada Brunei malah penyelidikan antarabangsa juga turut menunjukkan hasil yang sama, kata Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif IBTE, Dr. Chin Wei Keh semasa berucap pada Majlis Penyampaian Sijil Program Profesional Development for Technology Enriched Instruction for 21st Century Skills Development in TVET yang berlangsung di Sekolah Aviation, IBTE Maktab Sultan Saiful Rijal hari ini.

Seramai 144 orang tenaga pengajar Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) dari beberapa program berjaya menamatkan program tersebut.

Bengkel yang berlangsung selama empat hari anjuran Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam (UBD) itu antara lain bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dalam teknologi yang boleh digunakan dan memberi kesan positif terhadap pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu ia juga memperkenalkan pengajaran dan pembelajaran baru dalam teknologi seterusnya meningkatkan kesedaran dan kefahaman terhadap sumber yang ada kepada pendidik untuk integrasi teknologi.

ATAS/BAWAH: Antara peserta bengkel menerima sijil daripada tetamu kehormat majlis.
ATAS/BAWAH: Antara peserta bengkel menerima sijil daripada tetamu kehormat majlis.

pg07_160616_b

Antara teknologi yang digunakan dalam bengkel tersebut termasuklah OneNote, SkyDrive, aplikasi sesawang, Skype, Yammer, Padlet, Office 365 serta teknologi yang disepadukan dengan peralatan-peralatan lain seperti terjemahan, penyuntingan video dan aplikasi penyiaran.

Menurut Dr. Chin, bengkel tersebut adalah tepat pada masanya kerana Bahagian Kurikulum IBTE telah mengkaji semula kurikulum Kemahiran Diri (Life Skills) baru-baru ini dengan menggabungkan maklum balas daripada pelbagai pihak berkepentingan.

Beliau juga percaya, rangka kerja 21st Century Learning Design Rubic and technological, pedagogical and Content Knowledge (TAPK) yang digunakan dalam bengkel itu sesuai untuk melengkapkan dan menyokong kurikulum kemahiran baru terutamanya dalam perspektif pelaksanaan.

Dalam perkara ini, beliau seterusnya berharap kepada peserta bengkel ini akan sentiasa berusaha untuk membangunkan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang berkualiti yang membolehkan pelajar untuk membangunkan kemahiran Abad ke-21.

Antara yang hadir pada majlis itu.
Antara yang hadir pada majlis itu.

“IBTE mengakui, pembangunan profesional berterusan tenaga pengajar adalah paling utama untuk mencapai kualiti pengajaran dan pembelajaran pelajar,” tambahnya.

“Sementara itu, pihak pengurusan juga komited untuk memberi sokongan yang diperlukan bagi memastikan inisiatif yang betul adalah di tempat untuk pembangunan profesional kakitangan kami,” jelas beliau.

Beliau seterusnya menambah, inisiatif seperti penempatan kakitangan dalam industri dalam usaha memberi pendedahan dalam industri, latihan, program kepimpinan dan program pembinaan pasukan untuk membangunkan potensi.

Selain mengukuhkan pertumbuhan peribadi dan organisasi yang mana hanya sebahagian daripada program pembangunan profesional yang telah dimulakan.

“Dengan sokongan dari SHBIE, rangka kerja 21st Century Learning Design Rubic and Technological, Pedagogical And Content Knowledge akan dilaksanakan ke peringkat IBTE di dua rangkaian sekolah-sekolah dengan tujuan meningkatkan kemahiran Abad ke-21 pelajar”.

ARTIKEL YANG SAMA