Pelajar MIC berhibur di Taman Anduki

Pelajar MIC berhibur di Taman Anduki

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Mei – Pelajar Kolej Antarabangsa Micronet (MIC) baru-baru ini, telah menganjurkan Lawatan Seronok MIC 2016 dengan mengunjungi Taman Rekreasi Jubli Anduki, Seria.

Lawatan itu adalah sebagai sebahagian kegiatan luar kurikulum MIC yang mana para pelajar digalakkan untuk terlibat aktif dalam perkara baru, memberi peluang menerokai minat mereka dan bertemu rakan-rakan baru.

Sejurus tiba di taman tersebut, pelbagai aktiviti dan permainan telah diaturkan secara berkumpulan untuk membina semangat berpasukan antara satu sama lain dan mempererat lagi hubungan silaturahim sesama sendiri.

Aktiviti diakhiri dengan menikmati pelbagai juadah dan penyampaian hadiah kepada para pemenang permainan yang disampaikan oleh Pengurus Am MIC, Sharon Chin.

Warga MIC berkesempatan bergambar ramai di Taman Rekreasi Jubli Anduki, Seria.
Warga MIC berkesempatan bergambar ramai di Taman Rekreasi Jubli Anduki, Seria.