Pelajar MKJB kenali lebih dekat pelbagai jenis padi

Pelajar MKJB kenali lebih dekat pelbagai jenis padi

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 12 Jun – Serombongan pelajar Diploma Pendidikan Nautika Maktab Kejuruteraan Jefri Bolkiah (MKJB) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Projek Ekonomi Majlis Perundingan Kampung Limau Manis Ladang Padi Bunga Cawan, Mukim Pengkalan Batu, di ibu negara, baru-baru ini.

Lawatan tersebut antara lain bertujuan untuk memberikan peluang kepada para pelajar mengenali dan mengetahui dengan lebih dekat mengenai dengan keunikan sosio kehidupan masyarakat, budaya dan tradisi yang terdapat di negara ini.

Selain itu, ia juga adalah bagi mengenali dengan lebih dekat beberapa jenis padi seperti Padi Laila, Padi Bario dan sebagainya.

Menerusi lawatan tersebut, adalah dihasratkan agar para pelajar dapat merasakan betapa pentingnya menjaga alam semula jadi dan akan menimbulkan rasa tanggungjawab di kalangan diri mereka, serta menanamkan sikap bekerjasama, tolong-menolong, bersatu-padu, dan setia kawan dalam kalangan pelajar dan masyarakat.

Rombongan pelajar MKJB yang berpeluang melakukan proses penanaman padi dengan tunjuk ajar daripada para petani MPK Limau Manis.
Rombongan pelajar MKJB yang berpeluang melakukan proses penanaman padi dengan tunjuk ajar daripada para petani MPK Limau Manis.

Lawatan sambil belajar itu juga memberi peluang kepada pelajar supaya sama-sama terlibat dalam melakukan sendiri proses penanaman padi dengan cara yang betul melalui tunjuk ajar para petani di sana.

ARTIKEL YANG SAMA