Pelajar Papua membantah

Pelajar Papua membantah

JAKARTA, 1 Dis – Polis Indonesia hari ini menggunakan meriam air untuk menyuraikan tunjuk perasaan membantah pemerintahan Jakarta ke atas rantau timur Papua yang dicengkam pemberontakan, dan pihak polis telah menahan ramai pembantah.

Kira-kira 150 orang pembantah berhimpun di Jakarta untuk memperingati ulang tahun pengisytiharan kemerdekaan 1961 Papua, dua tahun sebelum Indonesia mengambil alih rantau itu dari bekas pemerintah jajahan, Belanda.

Para pemberontak telah berjuang menentang pemerintahan Jakarta sejak itu, sementara kerajaan pusat telah berusaha mengawal ketat rantau yang kaya sumber itu dengan banyak kehadiran tentera dan polis.

Para pembantah terutamanya pelajar-pelajar universiti dari Pertubuhan Merdeka Papua dan Gabungan Pelajar Papua, melaungkan “Bebaskan Papua”, dengan berdepan kira-kira ratusan pasukan polis yang dilengkapi peralatan rusuhan.

“Cukuplah. Rakyat kami telah terbunuh dan ditahan, cukuplah,” kata seorang pembantah Cheko.

Para pembantah menentang polis yang menggunakan meriam air semasa bantahan daripada para pelajar universiti dari Pertubuhan Merdeka Papua dan Gabungan Pelajar Papua di Jakarta pada 1 Disember. – AFP
Para pembantah menentang polis yang menggunakan meriam air semasa bantahan daripada para pelajar universiti dari Pertubuhan Merdeka Papua dan Gabungan Pelajar Papua di Jakarta pada 1 Disember. – AFP

Empat orang penunjuk perasaan telah ditahan selepas polis menuduh mereka menayangkan bendera prokemerdekaan “Morning Star”, yang telah diharamkan, dan kebanyakan pembantah lain telah dibawa pergi dengan menaiki van polis, pergi dengan sukarela tanpa tercetusnya sebarang keganasan.

Veronica Koman, seorang peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Jakarta, berkata kumpulan itu mempunyai sepasukan peguam yang bersedia membela para pembantah.

Enam tahun selepas mengambil alih Papua, Indonesia telah mengadakan re-ferendum yang menurutnya mengesahkan tuntutannya ke atas rantau itu. tetapi pengundian itu secara meluas dilihat sebagai palsu, dengan Jakarta memilih sendiri 1,026 orang untuk mengundi bagi pihak semua penduduk Papua. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA