Pelajar Peru ...

Pelajar Peru lawat ISB

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Feb –Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) baru-baru ini mengalu-alukan sekumpulan 15 pelajar Peru untuk lawatan pertukaran kebudayaan dan pendidikan selama dua minggu.

Mereka merupakan pelajar Gred 9 dan 10 dari Sekolah San Ignacio De Recalde di Lima, Peru, tiba di Kampus ISB di Sungai Hanching pada Rabu lalu dan dialu-alukan kedatangan mereka oleh warga sekolah antarabangsa paling lama di Brunei.

Lawatan rombongan pelajar ini bertujuan mendedahkan mereka dengan pengalaman pembelajaran unik daripada pembelajaran dalam kelas dengan menitikberatkan kebudayaan, adat, tradisi dan makanan masyarakat tempatan, sekali gus memberikan mereka pengalaman tidak dapat dilupakan, menurut salah seorang guru pengiring, Celina Anthony.

Rombongan pelajar Peru dan warga ISB bergambar di hadapan logo sekolah.
Rombongan pelajar Peru dan warga ISB bergambar di hadapan logo sekolah.

Pelajar Peru semasa mengikuti subjek Teknologi Rekaan.
Pelajar Peru semasa mengikuti subjek Teknologi Rekaan.

Rombongan akan mengikuti pembelajaran di ISB dan turut menjelajah beberapa buah penempatan lama dan bersejarah di negara ini termasuklah Kampong Ayer, Padang Minyak di Seria, ekspedisi tiga malam di Daerah Temburong dan meraikan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam serta banyak lagi.

Ketika berada di sini, rombongan pelajar Peru juga akan menghabiskan empat hari mereka belajar bersama pelajar Tahun 9 dan 10, memberikan mereka peluang untuk mengalami kurikulum yang amat berlainan daripada kurikulum mereka sendiri.

Sebagai balasan, mereka akan mempersembahkan beberapa tarian Peru untuk pelajar dan kakitangan ISB.

ARTIKEL YANG SAMA