Pelajar Politeknik anjur Pameran Belia Berwawasan

Pelajar Politeknik anjur Pameran Belia Berwawasan

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Mac – Sekolah Perdagangan, Politeknik Brunei akan menganjurkan satu pameran, bertemakan ‘Belia Berwawasan Menjana Ekonomi’ di Dewan Lobi dan Pusat Sehenti, Block 2E, Kondominium Ong Sum Ping, Politeknik Brunei pada 24 Mac ini.

Pameran merupakan hasil projek akhir tahun pelajar pengambilan ke-4 dalam Diploma Tahap Lima Pengajian Perdagangan yang bertujuan menggalakkan pelajar mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan mereka serta kreativiti dan inovasi ke dalam projek mereka. Ia juga menggalakkan mereka memikirkan satu penyelesaian realistik apabila menjayakan projek dalam rangka masa yang ditetapkan.

Projek itu bermula pada September 2015 dan pameran ini merupakan fasa terakhir projek tersebut.

Orang ramai dialu-alukan datang dan mengunjungi petak pameran mereka. Pameran ini juga disokong oleh Manggo Tree Advertising, Zella Bridal and Boutique serta Eng Hup Leong Trading Sdn Bhd dan Brunei Vines Video.

ARTIKEL YANG SAMA