Pelajar Politeknik pamer produk projek

Pelajar Politeknik pamer produk projek

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Sept – Sebagai sebahagian daripada Program Diploma Lanjutan yang ditawarkan di Politeknik Brunei, para pelajarnya dari Sekolah Perdagangan telah mengadakan pameran selama sehari, baru-baru ini.

Pameran itu disertai oleh 22 orang pelajar Program Diploma Lanjutan Sekolah Perdagangan dengan dibahagikan kepada empat kumpulan yang telah diperuntukkan bagi Daerah Brunei dan Muara iaitu Kampung Tungku Katok, Kampung Putat, Kampung Sungai Bunga dan Kampung Bebuloh.

Pameran ini diadakan bagi mempamerkan produk-produk projek terakhir di bawah program tersebut dan juga sebagai menyahut titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang menyatakan bahawa golongan belia haruslah mempunyai kekuatan dalaman untuk berjaya dalam bidang keusahawanan yang begitu mencabar dan kompetitif.

Bergambar ramai bersama para pelajar. - Gambar Politeknik Brunei
Bergambar ramai bersama para pelajar. – Gambar Politeknik Brunei

ARTIKEL YANG SAMA