Pelajar PTE lawat JDT

Pelajar PTE lawat JDT

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 1 Okt – Seramai 72 orang penuntut Pusat Tingkatan Enam (PTE) Sengkurong bersama lima orang guru pengawas, petang tadi, telah membuat lawatan sambil belajar ke Jabatan Daerah Tutong (JDT) untuk mengetahui lebih dekat tentang fungsi dan peranannya sebagai salah satu agensi sektor perkhidmatan awam yang aktif dalam memperkembangkan industri pelancongan domestik di daerah tersebut.

Rombongan diketuai oleh Ketua Jabatan Travel & Tourism, Hajah Siti Ainun Ja’ariah binti Haji Mohd Ja’afar, itu telah dialu-alukan oleh Pegawai Daerah Tutong, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali serta beberapa pegawai dan kakitangan JDT.

Dalam lawatan itu, rombongan mendengar taklimat ringkas mengenai fungsi dan peranan JDT yang disampaikan oleh Pegawai Pentadbir di jabatan tersebut, Dayang Fathin Naquiah binti Haji Yaakub.

Para pelajar berkesempatan melawat ke Galeri 1K1P Daerah Tutong di Jabatan Daerah Tutong.
Para pelajar berkesempatan melawat ke Galeri 1K1P Daerah Tutong di Jabatan Daerah Tutong.

Rombongan turut diperkenalkan mengenai pelaksanaan projek ‘Satu Kampung Satu Produk’ (1K1P) yang disampaikan oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas di JDT, Dayang Siti Joriahati binti Johari.

Kemudian, mereka dibawa melawat ke Galeri 1K1P Daerah Tutong bagi menyaksikan pameran aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang diungkayahkan oleh jabatan daerah dan melihat sendiri hasil-hasil warisan budaya dan produk kampung yang terdapat di galeri tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA