Pelajar Pusat Ehsan bersungkai di CheezBox Cafe

Pelajar Pusat Ehsan bersungkai di CheezBox Cafe

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Jun – Peluang untuk berbuka puasa bersama keluarga di luar merupakan satu peluang yang amat berharga bagi pelajar-pelajar istimewa Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam di mana bukan sahaja ia mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara pelajar-pelajar berkenaan dengan ahli keluarga dan orang ramai tetapi ia juga memberikan peluang kepada mereka untuk membiasakan diri dengan masyarakat.

Perkara itu dinyatakan oleh Pemangku Ketua Pentadbiran Pusat Ehsan, Dayang Nurul Huda binti Haji Muhin kepada Media Permata selepas Majlis Berbuka Puasa bagi Pelajar Pusat Ehsan yang dianjurkan oleh CheezBox Cafe & Restaurant, kelmarin.

Dayang Nurul Huda menyatakan majlis berbuka puasa bagi pelajar-pelajar pusat berkenaan memberikan peluang bagi mereka untuk berbuka bersama keluarga, rakan-rakan dan guru pusat berkenaan dan belajar menyesuaikan diri dalam kalangan masyarakat.

Beliau juga amat menghargai majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh CheezBox Cafe & Restaurant di mana ia merupakan tahun kedua ia diadakan bagi pelajar, kakitangan dan guru pusat berkenaan.

Gambar ramai pelajar, kakitangan dan keluarga dari Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam di majlis itu.
Gambar ramai pelajar, kakitangan dan keluarga dari Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam di majlis itu.

Beliau turut mengalu-alukan mana-mana syarikat-syarikat swasta dan orang ramai yang ingin untuk menghulurkan sumbangan bantuan kepada Pusat Ehsan.

Majlis berbuka puasa itu disertai oleh seramai kira-kira 16 orang pelajar, kakitangan dan ahli keluarga Pusat Ehsan bersama-sama Dayang Nurul Huda yang mewakili Pusat Ehsan di majlis berkenaan. Turut hadir di majlis berkenaan ialah pihak pengurusan CheezBox Cafe & Restaurant serta para jemputan khas.

Para pelajar, kakitangan dan keluarga Pusat Ehsan disajikan dengan pelbagai jenis hida-ngan makanan di bufet istimewa restoran berkenaan yang merangkumi masakan Asia, Itali, Jepun dan hidangan pencuci mulut antarabangsa.

ARTIKEL YANG SAMA