Pelajar Pusat Ehsan lawat Muzium ABDB

Pelajar Pusat Ehsan lawat Muzium ABDB

Oleh Sim Y.H

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Sept – Lebih 100 orang pelajar dari Pusat Ehsan Al-Ameerah Al Hajjah Maryam bersama-sama ibu bapa, penjaga dan kakitangan pusat berkenaan mengadakan lawatan ke Muzium ABDB di Bolkiah Garison, hari ini, untuk melihat dengan lebih dekat dan mempelajari mengenai sejarah penubuhan serta perkembangan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Lawatan yang diketuai oleh Penyelaras Program Pusat Ehsan, Diana Solinap itu adalah sebahagian daripada topik pelajaran mengenai pekerjaan atau kerjaya.

Ia memberikan peluang kepada para pelajar istimewa untuk meneroka dan melihat dengan lebih dekat kenderaan tentera, pakaian seragam dan senjata yang digunakan sejak penubuhan ABDB pada 31 Mei 1961 hingga sekarang.

Ketibaan rombongan lawatan ke Muzium ABDB dialu-alukan oleh jurucakap Kementerian Pertahanan, Mejar Muhd Kassim bin Haji Awang Yusof dan Penolong Kurator Muzium ABDB, Sarjan Ali Muzrin bin Abdul Raapar.

Sebelum dibawa melawat pameran di muzium berkenaan, rombongan mendengar taklimat ringkas mengenai prosedur keselamatan dan kesihatan muzium.

Pelajar-pelajar istimewa Pusat Ehsan berpeluang untuk menyaksikan dengan lebih dekat pelbagai pameran menarik di Muzium ABDB.
Pelajar-pelajar istimewa Pusat Ehsan berpeluang untuk menyaksikan dengan lebih dekat pelbagai pameran menarik di Muzium ABDB.
Wakil Pusat Ehsan menyampaikan cenderahati kepada Mejar Muhd Kassim.
Wakil Pusat Ehsan menyampaikan cenderahati kepada Mejar Muhd Kassim.

pg08_150903_c

Di akhir lawatan itu, rombongan berkenaan menyampaikan cenderahati kepada Muzium ABDB sebagai tanda penghargaan di atas sokongan berterusannya kepada Program Kesedaran Komuniti Pusat Ehsan.

Muzium ABDB dibuka secara rasmi pada 1 Jun 2013 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun ABDB ke-52.

Ia dibuka untuk kunjungan orang ramai setiap hari, kecuali pada Isnin dan Sabtu, bermula pukul 8 pagi hingga 4 petang.

Pusat Ehsan terus menyediakan peluang dan memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar istimewanya kepada pelbagai pengalaman pembelajaran yang akan membantu mereka untuk mengenali dunia sekeliling mereka.

Melalui pengalaman pembelajaran itu, para pelajar dibantu untuk meneroka dan berinteraksi dengan komuniti mereka.

ARTIKEL YANG SAMA