Pelajar Pusat Ehsan pelajari kemahiran kerja asas

Pelajar Pusat Ehsan pelajari kemahiran kerja asas

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Sept – Seramai 10 orang pelajar kelas Pra-Vokasional Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan) telah mengadakan lawatan ke Hotel Starlodge, Jerudong, pagi tadi.

Lawatan para pelajar berkenaan yang turut sama diiringi oleh ibu bapa mereka dan penjaga Pusat Ehsan itu telah diisikan dengan pelbagai aktiviti seperti tugas-tugas pengemasan bilik dan membuat susyi dengan dibantu oleh ahli dan kakitangan hotel berkenaan.

Ia merupakan lawatan kali kedua yang telah diadakan oleh Pusat Ehsan untuk memberi tunjuk ajar dan melibatkan pelajar-pelajar istimewa ini dengan kemahiran pengemasan bilik dan cara penyediaan makanan bagi persiapan pelajar berkenaan untuk memasuki sekolah latihan vokasional pada masa akan datang.

Kelas Pra-Vokasional menyediakan para pelajarnya latihan pra-vokasional yang akan melibatkan mereka dengan aktiviti yang berfaedah di samping memperkenalkan mereka dengan kemahiran kerja asas.

Para pelajar turut melakukan sendiri tugas-tugas pengemasan bilik setelah diberi tunjuk ajar oleh kakitangan hotel.
Para pelajar turut melakukan sendiri tugas-tugas pengemasan bilik setelah diberi tunjuk ajar oleh kakitangan hotel.

ARTIKEL YANG SAMA