Pelajar Sek. Perdagangan PB kongsi hasil penyelidikan

Pelajar Sek. Perdagangan PB kongsi hasil penyelidikan

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Ogos – Pelajar-pelajar Sekolah Perdagangan Politeknik Brunei (PB), hari ini, telah mengongsikan hasil penyelidikan produk madu tempatan yang telah mereka jalankan sebelum ini, bersama penduduk Kampung Tungku/Katok.

Sesi perkongsian projek penyelidikan ‘Satu Kampung, Satu Produk’ yang diadakan di Pusat Sehenti Politeknik, Jalan Ong Sum Ping, Bandar Seri Begawan itu telah dihadiri oleh Ketua Kampung Tungku/Katok, Awang Abdul Malik bin Haji Siajuan yang juga pengusaha produk madu tempatan iaitu Madu Kelulut Asli Qana’ah.

Dalam sesi berkenaan, pelajar-pelajar berkenaan turut memberi cadangan kepada ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung (MPK) Tungku/Katok untuk membuat lebih banyak pendedahan mengenai produk mereka kepada orang ramai dan berkongsi bersama mereka strategi pemasaran secara efisien.

Sesi tersebut merupakan sebahagian daripada projek kursus pelajar PolyTechnix G30-Heritage yang terdiri daripada Dayang Diyana Rashidah binti Seruji, Pengiran Mohd Hassanal bin Pengiran Haji Amir, Awang Mohd Jaffri Saifuddin, Awang Abdul Hadi bin Haji Tarip, Awang Mohd Isyraq Khan bin Mohd Jeffery dan Dayang Siti Nur ‘Aqilah binti Darul.

Para pelajar bergambar ramai bersama Awang Abdul Malik dan ahli-ahli MPK Tungku/Katok.
Para pelajar bergambar ramai bersama Awang Abdul Malik dan ahli-ahli MPK Tungku/Katok.

ARTIKEL YANG SAMA