Pelajar sekolah didedah mengenai kesalahan jenayah

Pelajar sekolah didedah mengenai kesalahan jenayah

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 18 April – Pasukan Polis Diraja Brunei melalui Daerah Polis Tutong pagi tadi telah mengadakan Taklimat Kesedaran Jenayah untuk murid-murid di Sekolah Rendah Pengiran Dipa Negara Pengiran Jaya, Sengkarai, Tutong.

Hadir menyampaikan taklimat kesedaran jenayah ialah W/Cpl 4899 Noraziah binti Kunchil.

Tujuan taklimat tersebut diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid Tahun 5 dan 6 agar mereka tidak terlibat dalam kegiatan jenayah pada masa akan datang.

Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menerangkan atau memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang perbuatan jenayah dan tentang hukuman yang berlaku kepada penjenayah.

Selepas taklimat, pelajar sekolah dan guru-guru turut bergambar ramai bersama anggota Daerah Polis Tutong.
Selepas taklimat, pelajar sekolah dan guru-guru turut bergambar ramai bersama anggota Daerah Polis Tutong.
Salah seorang pelajar ketika menjawab soalan kuiz yang diutarakan semasa taklimat tersebut.
Salah seorang pelajar ketika menjawab soalan kuiz yang diutarakan semasa taklimat tersebut.

Taklimat yang merupakan kali pertama diadakan di sekolah-sekolah ini turut dimeriahkan lagi dengan soalan-soalan kuiz bagi murid-murid tentang kefahaman mereka terhadap perbuatan jenayah.

Turut hadir semasa taklimat ialah Penolong Guru Besar Sekolah Rendah Pengiran Dipa Negara Pengiran Jaya Sengkarai, Hajah Masnordina binti Haji Jainuddin.

ARTIKEL YANG SAMA