Pelajar sertai seminar BEDB

Pelajar sertai seminar BEDB

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Ogos – Seramai 21 pelajar United Kingdom (UK) menyertai seminar mengenai Inovasi dan Keusahawanan anjuran Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEBD) yang berlangsung di iCentre, Bangunan BEBD, kelmarin.

Seminar tersebut adalah sebagai sebahagian daripada Inisiatif Musim Panas Sarjana BAS (Skim Tadbir Brunei), dan merupakan kerjasama di antara Pelajar BAS dan Kesatuan Pelajar Brunei (BSUnion).

Ia diadakan di Bangunan BEBD yang menempatkan beberapa buah syarikat baru yang menjalani Program Inkubasi Lembaga, amat sesuai dengan tujuannya untuk memperkenalkan kepada pelajar berkenaan beberapa inisiatif yang dilancarkan oleh BEBD untuk membantu mempromosi pembangunan dan pertumbuhan ekonomi di negara.

Daripada seminar yang disampaikan, para pelajar UK mendapat tahu BEBD juga mempunyai beberapa program yang menggalak pembaharuan dan keusahawanan di kalangan belia tempatan.

Ia termasuk inisiatif seperti ‘Melancarkan Cabaran Keusahawanan,’ yang bertujuan memberikan peluang kepada usahawan tempatan untuk mempelajari dan mempertingkat kemahiran mereka, serta ‘Kemudahan Seni Kreatif (CRAFT)’, yang membantu mereka memupuk bakat kreatif dan artistik mereka dalam bidang multimedia.

Para peserta seminar mendengar ceramah yang disampaikan oleh anggota kerja BEDB.
Para peserta seminar mendengar ceramah yang disampaikan oleh anggota kerja BEDB.
Sekumpulan pelajar menyuarakan pandangan mereka kepada para peserta dan panel hakim.
Sekumpulan pelajar menyuarakan pandangan mereka kepada para peserta dan panel hakim.

Seminar itu turut dimuatkan dengan pelbagai aktiviti yang memerlukan pelajar UK perlu mengemukakan penyelesaian inovatif kepada masalah sukar dengan motifnya untuk membantu menguji kreativiti pemikiran kritis mereka, serta kemahiran menyelesaikan masalah.

Selain itu, para pelajar juga diberikan masa lima minit untuk membentangkan penyelesaian berdaya cipta kepada kumpulan hakim, yang turut memberikan mereka nasihat dan kritikan membina.

Seminar seumpamanya adalah amat berguna kepada pelajar UK kerana mereka boleh memperolehi beberapa pandangan bernilai mengenai apa yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan, mencari penyelesaian inovatif kepada halangan, serta inisiatif yang telah dilancarkan oleh BEBD yang menggalakkan pembangunan ekonomi.

Selain daripada itu, seminar berkenaan bukan saja memberi inspirasi kepada para pelajar mengenai laluan ke arah keusahawanan tetapi juga mendedahkan para pelajar kepada pilihan kerjaya alternatif selepas mereka menamatkan pendidikan mereka, malah dengan berpandukan tunjuk ajar BEBD ia boleh menjadi kenyataan.

ARTIKEL YANG SAMA