Pelajar SHBIE jalankan Projek Maritah Bedudun

Pelajar SHBIE jalankan Projek Maritah Bedudun

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAM, 12 Okt – Sebagai sebahagian daripada projek kursus modul EO-5301-R (Perkembangan Kurikulum dan Inovasi Pendidikan Agama), mahasiswa-mahasiswi Sarjana dalam Pendidikan (Pengajian Islam) di Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah (SHBIE), Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah menjalankan Projek Maritah Bedudun 2016 yang berlangsung di Pusat Belia di ibu negara, di sini.

Perasmian pameran berkenaan telah disempurnakan oleh Ketua Program Perkembangan Profesional Graduan, SHBIE, UBD, Dr. Rozaiman bin Makmun.

Projek yang membawa tema ‘Tuntutan Fardu Kifayah: Kesedaran dan Kefahaman’ ini merupakan susulan daripada projek tahun lalu, dengan kali ini cuba mengetengahkan corak pembelajaran abad ke-21.

Bermula pada 4 hingga 11 Oktober projek itu dikendalikan dengan usaha sama Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhatdee Billah (Maktab Duli), di mana ia diadakan di maktab tersebut.

Antara objektif projek ini adalah untuk memberikan pengalaman dan pembelajaran kepada mahasiswa dan mahasiswi program untuk memikul tanggungjawab bersama dalam bentuk jawatankuasa Ad Hoc dan saling tolong menolong antara satu dengan lain.

Dr. Rozaiman merasmikan pameran dalam projek tersebut.
Dr. Rozaiman merasmikan pameran dalam projek tersebut.
Dr. Rozaiman melihat pameran sambil mendengarkan penerangan ringkas daripada salah seorang pelajar Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah di majlis itu.
Dr. Rozaiman melihat pameran sambil mendengarkan penerangan ringkas daripada salah seorang pelajar Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah di majlis itu.

Di samping itu juga untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan secara teori dan praktikal berdasarkan konsep pembelajaran abad ke-21 melalui simulasi yang berkaitan dengan salah satu tuntutan Fardu Kifayah.

Selain menjadikan data penilaian sebagai platform pembelajaran inovatif bagi mata pelajaran ugama khususnya dan akan dibentangkan sebagai hasil kajian nanti.

Pameran tersebut mempamerkan pelbagai modal sebenar dan gambar-gambar yang dihasilkan oleh pelajar sempena pembelajaran berkonsepkan abad ke-21 di mana empat stesen pameran disediakan yang antaranya memaparkan pameran dan penerangan mengenai cara-cara memandikan jenazah.

Manakala itu, stesen lain pula menerangkan mengenai demonstrasi cara-cara mengapankan jenazah, demo sembahyang jenazah dan pameran pengebumian jenazah dan pameran proses persiapan awal sebelum projek dilaksanakan.

Majlis itu turut dihadiri oleh penuntut dari Maktab Duli, Gadong, Pusat Tingkatan Enam (PTE) Tutong, PTE Sengkurong, PTE Meragang dan Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah.

Projek ini juga dihasratkan dapat memberikan sumbangan ilmu dan pengalaman melalui kaedah pembelajaran aktif dalam bentuk ‘bedudun’ seterusnya menjadi sandaran penyelidikan yang membuktikan hipotesis isi kandungan mata pelajaran agama dapat dihayati melalui pembelajaran aktif khususnya pembelajaran abad ke-21.

ARTIKEL YANG SAMA