Pelajar Singapura adakan lawatan sambil belajar

Pelajar Singapura adakan lawatan sambil belajar

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 3 Jun – Lebih 30 pelajar Tahun 4 dan 5, Sekolah Rendah Qi Hua, Singapura yang mengikuti program lawatan pertukaran pelajar telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Sekolah St Margaret, dekat sini, hari ini.

Rombongan yang diketuai Dayang Chia Ching Peng itu, telah dialu-alukan oleh Guru Besar sekolah berkenaan, Awang Koh Hong Puah dan guru-guru serta warga sekolah tersebut.

Para pelajar yang terdiri daripada pelbagai bangsa itu melibatkan penyertaan seramai 26 pelajar Melayu dan lima India, manakala kalangan pelajar berbangsa Cina akan membuat kunjungan ke negara-negara seperti China dan Australia.

Antara lain tujuan lawatan adalah untuk mengeratkan silaturahim antara sesama pelajar sekolah yang dikunjungi, selain untuk mengenali secara lebih dekat sistem pembelajaran di negara ini, termasuk pengalaman mengajar dalam kalangan guru-guru.

Para pelajar berpeluang menyaksikan cara-cara membuat kuih tradisi Brunei.
Para pelajar berpeluang menyaksikan cara-cara membuat kuih tradisi Brunei.
Awang Koh Hong Puah menyampaikan cenderahati kepada ketua rombongan, Chia Ching Peng (4 dari kanan).
Awang Koh Hong Puah menyampaikan cenderahati kepada ketua rombongan, Chia Ching Peng (4 dari kanan).

Di kesempatan ini juga, rombongan telah melawat ke beberapa buah tempat menarik dan bersejarah seperti Kampong Ayer, muzium-muzium di ibu negara serta turut menyaksikan cara-cara membuat kuih tradisi yang menjadi kegemaran ramai seperti kuih penyaram dan sebagainya.

Rombongan Sekolah Rendah Qi Hua telah berada di negara ini beberapa hari yang lalu untuk melawat beberapa buah sekolah termasuk sebuah sekolah di Lambak Kanan kelmarin dan akan kembali ke Singapura esok.

ARTIKEL YANG SAMA