Pelajar SM SMJA terima anugerah

Pelajar SM SMJA terima anugerah

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Mac – Seramai 82 orang penuntut Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam (SMJA) yang telah menduduki Peperiksaan BC GCE ‘O’ Level 2015, telah memperoleh 5 ke 9 ‘O’ iaitu bersamaan dengan 32.16 peratus dan keputusan ini telah menempatkan sekolah tersebut di kedudukan ke-14 daripada 36 buah sekolah di negara ini.

Perkara ini telah diumumkan oleh Pengetua Sekolah Menengah SMJA, Dayangku Hajah Rosnani binti Pengiran Haji Abdul Rahman dalam ucapannya pada Majlis Anugerah Akademik BC GCE ‘O’ Level 2015 sekolah tersebut semalam.

Hadir sebagai tetamu kehormat majlis dan menyampaikan anugerah ialah Pemangku Penolong Pengarah Politeknik Brunei, Awang Alias bin Haji Abu Bakar.

Dalam acara penganugerahan tersebut, enam kategori telah disampaikan iaitu 19 orang penerima Anugerah Penuntut Memperoleh 9 dan 8 ‘O’ level, empat orang Penerima A, 34 penerima Hadiah Galakan dan seorang penerima Anugerah Cemerlang Keseluruhan.

Turut menerima penghargaan ialah empat orang guru yang menerima Anugerah Penghargaan Guru bagi empat mata pelajaran yang mempunyai peningkatan iaitu English Literature, Food and Nutrition, Chemistry dan Principles of Account.

Salah seorang guru menerima anugerah penghargaan.
Salah seorang guru menerima anugerah penghargaan.

Melalui pencapaian itu, seramai 84 penuntut meneruskan pengajian mereka ke pusat-pusat tingkatan enam iaitu 60 orang ke Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, enam orang ke Pusat Tingkatan Enam Meragang, tujuh orang ke Pusat Tingkatan Enam Sengkurong dan seorang ke Sekolah Menengah Sayyidina Ali Kuala Belait, manakala sebahagian penuntut yang lain memohon untuk menyambung pelajaran mereka ke Politeknik Brunei dan institusi teknikal dan swasta. – Hardy AJ

ARTIKEL YANG SAMA