Pelajar SMARTER dibawa tonton

Pelajar SMARTER dibawa tonton

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Dis – Bersempena dengan cuti sekolah akhir tahun ini, SMARTER Brunei mengelolakan aktiviti di bawah Program Penyesuaian Masyarakat (CAP) dengan membawa lebih 40 orang pelajarnya yang disertai oleh ibu bapa mereka untuk menonton wayang animasi ‘The Good Dinosaur’ di The Empire Cinema. Timbalan Pengarah Klinikal SMARTER Brunei, Ma. Lourdes R. Radowan memberitahu, aktiviti tersebut memberi peluang kepada para individu dengan autisme untuk meneroka dan mengambil pengalaman aktiviti senario kehidupan sebenar melalui aktiviti di bawah Rest and Recreational (R&R) dan aktiviti kehidupan sihat.

“Ini adalah sebagai peluang terbaik untuk kami memerhati dan menilai pelajar dari segi tingkah laku mereka sebelum, semasa dan selepas menonton wayang animasi tersebut.

“Ia juga membantu kami untuk mengenal pasti pelbagai isu kesan sensitiviti pelajar dari segi penglihatan, pendengaran dam merasa makanan dan minuman yang ada di wayang berkenaan.

“Secara keseluruhannya, kami ingin kesemua pelajar kami berhibur, mengambil pengalaman dan berseronok menonton wayang bersama rakan dan ahli keluarga mereka,” jelas beliau.

Para pelajar bersama ibu bapa mereka menyaksikan wayang animasi terbaru ‘The Good Dinosaur’.
Para pelajar bersama ibu bapa mereka menyaksikan wayang animasi terbaru ‘The Good Dinosaur’.

ARTIKEL YANG SAMA