Pelajar S’pura kunjungi IBTE Kampus Jefri Bolkiah

Pelajar S’pura kunjungi IBTE Kampus Jefri Bolkiah

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 26 Sept – Rombongan seramai 12 orang pelajar dan pensyarah daripada Institut Pendidikan Teknikal (ITE) College West Singapura, hari ini, telah membuat lawatan ke IBTE Kampus Jefri Bolkiah, di sini.

Dalam lawatan itu, rombongan berpeluang meninjau secara lebih dekat beberapa bahagian di Kampus Jefri Bolkiah (JBC) antaranya Bengkel/Makmal BMA, Makmal Mekatronik dan Instrumentasi, Bengkel Perkhidmatan Bangunan dan Bengkel Mekanik dan Perkilangan.

Lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada atur cara program pertukaran pelajar ke negara ini yang berlangsung selama empat hari, sehingga 29 September ini.

Awang Norjemee menyampaikan cenderahati kenangan kepada rombongan pelajar dari ITE College West Singapura.
Awang Norjemee menyampaikan cenderahati kenangan kepada rombongan pelajar dari ITE College West Singapura.

Di samping lawatan ke JBC, rombongan pelajar juga akan turut dibawa ke beberapa tempat lain di negara ini yang berkaitan dengan kursus yang mereka sertai, dan sepanjang program tersebut beberapa pengetahuan telah dikongsikan oleh pelajar dan pengajar di JBC mengenai pendidikan teknikal di sini.

Ketibaan rombongan pelajar dan pensyarah berkenaan ke JBC telah dialu-alukan oleh beberapa tenaga pengajar dan dihadiri sama oleh Pengetua IBTE Satelit, Awang Norjemee bin Jenek.

Lawatan itu telah memberikan kesempatan kepada pelajar-pelajar mempelajari tentang institusi teknikal di negara ini dan telah mendedahkan mereka kepada persekitaran pembelajaran yang berbeza di samping mewujudkan hubungan baik dengan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE).