Pelajar SR Batu Marang dirai

Pelajar SR Batu Marang dirai

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BAGI meraikan serta memberi penghargaan terhadap pencapaian para pelajar dalam bidang akademik, Sekolah Rendah Batu Marang telah mengadakan Majlis Konvokesyen bagi Pelajar Pra Sekolah dan Tahun 6 serta penyampaian hadiah bagi pelajar cemerlang yang berlangsung di dewan sekolah berkenaan, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil dan hadiah ialah Ketua Kampung Batu Marang, Haji Maidin bin Haji Tarip.

Turut hadir ialah pengetua sekolah berkenaan, Dayang Harifah Khalijah binti Mohammad, guru-guru dan ibu bapa serta penjaga pelajar yang diraikan.

Tetamu kehormat majlis semasa menyempurnakan penyampaian sijil kepada para pelajar.
Tetamu kehormat majlis semasa menyempurnakan penyampaian sijil kepada para pelajar.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Awang Mohd Sufri bin Haji Ali dan diikuti dengan nyanyian lagu kebangsaan ‘Allah Peliharakan Sultan’ oleh pelajar Tahun 4 dan Tahun 5.

Majlis tersebut kemudian diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang dari Tahun 1 hingga Tahun 6 yang disampaikan oleh tetamu kehormat dan disusuli dengan majlis konvokesyen tamat pengajian pra sekolah dan pelajar Tahun 6.

ARTIKEL YANG SAMA