Pelajar St. Andrew lawat SCB

Pelajar St. Andrew lawat SCB

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Nov – Sekumpulan pelajar Tahun 9, 10 dan 11 dari Sekolah St Andrew hari ini mengadakan lawatan sambil belajar ke Bank Standard Chartered cawangan Gadong untuk mempelajari mengenai perbankan dan aspek-aspek industri berkenaan.

Mereka dialu-alukan oleh Ketua Hal Ehwal Korporat, Jenama dan Pemasaran SCB, Marilyn Graeme yang seterusnya menyampaikan taklimat mengenai sejarah dan perkembangan bank berkenaan serta peluang-peluang kerjaya dalam bank.

Manakala Pengurus Cawangan berkenaan, Selmizah Selamat pula menyampaikan taklimat mengenai operasi umum cawangan serta membawa mereka meninjau sekitar premis SCB cawangan Gadong.

ARTIKEL YANG SAMA