Pelajar SVNR sertai kempen bersih pantai

Pelajar SVNR sertai kempen bersih pantai

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Sept – Seramai 12 penuntut Institut Pendidikan Teknikal Brunei Kampus Sekolah Vokasional Nakhoda Ragam Kampus (IBTE SVNR Campus) kelmarin menyertai kempen membersihkan pantai sempena ‘International Coastal Cleanup Day’ di Pantai Meragang, Daerah Brunei dan Muara.

Pelajar-pelajar dari Jabatan Electrical & Electronics, Jabatan Built Environment & Technology dan Jabatan Core Studies bersama beberapa orang tenaga pengajar IBTE SVNR, diketuai oleh guru mereka Dayang Norhidayat binti Haji Ahim, menyertai kempen tersebut.

Menurut IBTE, kempen kebersihan anjuran Syarikat-syarikat Usaha Sama Brunei Shell sempena ‘International Coastal Cleanup Day’ itu diadakan bagi memupuk rasa tanggungjawab dan komitmen kakitangan, keluarga dan masyarakat ke arah melindungi alam sekitar dan pada masa yang sama mendidik belia mengenai kepentingan memelihara alam sekitar.

Aktiviti seperti ini dapat memberi pendedahan mengenai penjagaan alam sekitar serta mesra alam dan melahirkan pelajar yang berdisiplin, berdaya saing, kreatif, inovasi, berkeyakinan tinggi dan berketerampilan selaras dengan matlamat SPN 21.

Antara yang menyertai kempen kebersihan anjuran Syarikat-syarikat Usaha Sama Brunei Shell di Pantai Meragang.
Antara yang menyertai kempen kebersihan anjuran Syarikat-syarikat Usaha Sama Brunei Shell di Pantai Meragang.

ARTIKEL YANG SAMA