Pelajar SVW hadiri ACET di KL

Pelajar SVW hadiri ACET di KL

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Ogos – Seorang pelajar dari Sekolah Vokasional Wasan (SVW), Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) telah dipilih untuk menghadiri Persidangan Asia Pasifik mengenai Pendidikan dan Latihan (ACET) bertajuk ‘Making Skills Development Work for the Future’ yang diadakan di Kuala Lumpur Malaysia, bermula esok hingga 5 Ogos.

Menurut kenyataan IBTE, pada persidangan itu, Haji Muhd Yashreen bin Haji Sehia yang merupakan pelajar Diploma BDTVEC dalam Akuakultur dan Perikanan, akan membuat pembentangan pada salah satu sesi di samping pakar-pakar terkemuka.

Kertas kerjanya bertajuk ‘Perspektif belia mengenai pembangunan kemahiran dan pekerjaan’ akan dibentangkan dalam sesi yang menumpukan ke atas pemerkasaan belia melalui pendidikan berkaitan dan latihan bagi pekerjaan.

Persidangan berkenaan berfungsi sebagai platform bagi pertukaran pengalaman dan perspektif mengenai dasar dan amalan pembangunan kemahiran, mengenal pasti cabaran-cabaran dan menggariskan hala tuju dalam empat bidang tematik iaitu ICT dalam pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET), kemahiran bagi pembangunan ekonomi, perkongsian dan menghijaukan TVET.

Haji Muhd Yashreen bergambar ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei sebelum berlepas ke  Kuala Lumpur.
Haji Muhd Yashreen bergambar ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei sebelum berlepas ke
Kuala Lumpur.

ARTIKEL YANG SAMA