Pelajar Tahun 6 diraikan dalam Majlis Konvokesyen

Pelajar Tahun 6 diraikan dalam Majlis Konvokesyen

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Nov – Seramai 116 orang pelajar Tahun 6 Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SR YSHHB), malam kelmarin, diraikan dalam Majlis Konvokesyen yang berlangsung di dewan serba guna sekolah berkenaan.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil kepada para graduan ialah Pengarah Urusan YSHHB, Haji Brahim bin Haji Ismail.

Guru Besar SR YSHHB, Dayang Norbaini binti Haji Abdullah dalam ucapan alu-aluannya melahirkan harapan agar keputusan peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) bagi pelajar-pelajar sekolah berkenaan akan mencapai keputusan yang cemerlang 100 peratus lulus.

Haji Brahim (tengah) bergambar ramai bersama para pelajar Tahun 6 yang diraikan pada Majlis Konvokesyen itu.
Haji Brahim (tengah) bergambar ramai bersama para pelajar Tahun 6 yang diraikan pada Majlis Konvokesyen itu.
ATAS & BAWAH: Antara pelajar Tahun 6 yang menerima sijil mereka yang disampaikan oleh Haji Brahim.
ATAS & BAWAH: Antara pelajar Tahun 6 yang menerima sijil mereka yang disampaikan oleh Haji Brahim.

pg08_151127_k

Persembahan nyanyian daripada para graduan Tahun 6.
Persembahan nyanyian daripada para graduan Tahun 6.

“Saya meletakkan keyakinan saya yang anak-anak biskita akan dapat mencapai kejayaan yang cemerlang. Ini adalah kerana berkat sumbangan dan usaha gigih guru-guru yang sentiasa mengamalkan budaya kerja secara ‘teamwork’ dan ‘kolektif’ yang dipandu oleh satu matlamat semata-mata demi kepentingan dan kejayaan anak-anak biskita,” ujar beliau pada majlis yang turut dihadiri oleh para ibu bapa dan penjaga pelajar yang diraikan.

Kejayaan itu nanti, jelasnya lagi, merupakan bukti betapa ibu bapa di sekolah ini begitu komited dan memberikan kerjasama yang berterusan kepada pihak sekolah dalam sama-sama mengembang untuk mencapai hasrat yang serupa demi untuk melihat kejayaan anak-anak sekolah.

Beliau menyeru agar para graduan berkenaan akan dapat meneruskan pelajaran mereka naik ke Tahun 7 di Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Majlis kemudian menyaksikan para graduan bergambar ramai bersama tetamu kehormat majlis.

ARTIKEL YANG SAMA