Pelajar Tahun 6 Sekolah DES diraikan

Pelajar Tahun 6 Sekolah DES diraikan

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Jabatan Penerangan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Nov – Sekolah DES, petang tadi, telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Murid Tahun 6 dan Persembahan Akhir Tahun 2015 yang berlangsung di Dewan Persidangan BRIDEX, Jerudong, di sini, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil dan hadiah ialah Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib.

Turut hadir ialah Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan, Pengiran Othman bin Pengiran Mohamed Daud, Pengasas Sekolah DES, Hajah Zaiton binti Haji Mohd Noor dan Pengasas Bersama Sekolah DES, Pengiran Haji Othman bin Pengiran Haji Seruddin.

Majlis berkenaan turut menyaksikan seramai 28 orang pelajar dan dua pelajar berkeperluan khas dari Unit Pendidikan Khas (UPK) sekolah berkenaan.

Sementara itu, Persembahan Akhir Tahun 2015 pada majlis itu memaparkan persembahan muzikal bertemakan ‘Wonderland’ yang melibatkan pelajar-pelajar Tahun 1 hingga 6.

Yang Berhormat Pehin Haji Abdul Rahman ketika menyampaikan sijil kepada salah seorang penerima.
Yang Berhormat Pehin Haji Abdul Rahman ketika menyampaikan sijil kepada salah seorang penerima.
Antara persembahan yang dipersembahkan oleh pelajar Sekolah DES.
Antara persembahan yang dipersembahkan oleh pelajar Sekolah DES.

Antara persembahan menarik ialah Down the Rabbit Hole oleh murid-murid Tahun 1, The Pool of Tears oleh murid-murid Tahun 2, Advice from a Caterpillar oleh murid-murid Tahun 3, Masquerade Tea Party oleh murid-murid Tahun 4; dan The Queen’s Ground oleh murid-murid Tahun 5 dan 6.

Terdahulu sebelum itu, pada sebelah pagi, majlis serupa juga diadakan bagi Preschool Carnival Show yang menyaksikan seramai 380 orang murid taska dari Playgroup hingga Kindergarten 3 menerima sijil masing-masing yang disampaikan oleh Pegawai Kebudayaan dari Pejabat Kedutaan Republik Filipina, Eleanor B. Belgica.

Pada majlis tersebut juga menyaksikan seramai 120 orang murid taska dari Kindergarten 3 dan tujuh orang murid berkeperluan khas dari UPK sekolah berkenaan menerima sijil masing-masing.

Acara turut dimeriahkan dengan beberapa persembahan tarian antaranya Hula-hoop, Hot dance, Ribbon dance, Mask dance, Ball dance, Peacock dance, Flag dance, Baton dance, Mime dance dan Dragon dance.

Beberapa persembahan menarik lain ialah Juggling Jugglers, persembahan boneka, Joker, silap mata, pameran binatang, badut dan tarian.

ARTIKEL YANG SAMA