Pelajar terbaik terima hadiah

Pelajar terbaik terima hadiah

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Nov – Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna Brunei I hari ini turut menghargai pelajar cemerlang pada penghujung musim persekolahan dalam majlis penyampaian sijil di dewan sekolah itu.

Seramai 35 orang pelajar Darjah 6 menerima Sijil Sekolah-sekolah Rendah Ugama (SSSRU), 30 lagi menerima hadiah cemerlang manakala tujuh orang menerima hadiah cemerlang keseluruhan, sembilan lagi menerima hadiah kedatangan terbaik dan tujuh orang murid menerima hadiah calon Arab 2015.

Hadir menyampaikan hadiah dan sijil ialah Guru Besar Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna, Hajah Doraini binti Haji Julaihi.

Gambar ramai para penerima dan guru besar.
Gambar ramai para penerima dan guru besar.

ARTIKEL YANG SAMA