Pelajar UBD luang masa bersama kanak-kanak KACA

Pelajar UBD luang masa bersama kanak-kanak KACA

Oleh Arifah Roslee

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Mac – Rombongan seramai 28 orang mahasiswa dan mahasiswi Universiti Brunei Darussalam (UBD) yang mengikuti Modul ‘Melayu Islam Beraja’, baru-baru ini, telah meluangkan masa bersama murid-murid dan penjaga mereka di Persatuan Kanak-kanak Cacat (KACA), Kampung Kiulap, di sini.

Mengetuai rombongan pelajar itu ialah Awang Mohd Firdaus bin Ahmad yang dialu-alukan oleh Ketua Pengarah Persatuan KACA, Haji Awang Abdul Alim bin Haji Awang Othman.

Awang Mohd Firdaus menyatakan acara ini dianjurkan untuk mewujudkan pengalaman dan memupuk nilai-nilai sukarelawan dalam diri setiap pelajar serta nilai terbaik sikap peribadi dalam diri untuk berinteraksi dengan masyarakat.

Mahasiswa dan mahasiswi UBD bergambar ramai bersama warga Persatuan KACA.
Mahasiswa dan mahasiswi UBD bergambar ramai bersama warga Persatuan KACA.

Sementara itu, Haji Awang Abdul Alim menyatakan rasa berbesar hati kerana mereka sudi meluangkan masa bersama dan menjadi sukarelawan KACA.

Kumpulan pelajar itu juga turut menghulurkan sumbangan kepada kanak-kanak KACA dan mengadakan beberapa aktiviti bersama mereka seperti mewarna dan menghias makanan.

Di akhir acara, mereka menerima sijil penghargaan daripada Haji Awang Abdul Alim.

ARTIKEL YANG SAMA