Pelajar UK sertai IS maut dalam serangan Rusia

Pelajar UK sertai IS maut dalam serangan Rusia

LONDON, 12 Ogos – Seorang daripada tiga pelajar perempuan yang meninggalkan timur ibu kota ini untuk menyertai militan IS dipercayai terbunuh dalam serangan udara dilakukan Russia, menurut peguam keluarga remaja itu.

Difahamkan, Kadiza Sultana yang ber-usia 16 tahun dilaporkan meninggalkan Bethnal Green Academy, di sini bersama dua rakannya.

Peguam keluarganya, Tasnime Akunjee memberitahu BBC Newsnight, mereka mendengar laporan kematian remaja itu di Raqqa, beberapa minggu lalu.

Namun, beliau berkata, mereka tidak dapat mengesahkan laporan itu kerana situasi di Syria.

Menurut Akunjee, remaja itu menyesal dan mahu meninggalkan IS untuk kembali ke United Kingdom (UK), namun membuat keputusan untuk tidak mengambil risiko ditangkap serta berdepan hukuman ‘kejam’ daripada kumpulan pengganas itu.

Beliau memaklumkan rancangan itu, keluarga remaja terbabit “amat kecewa” dan menganggapnya satu “kehilangan besar”.

Kadiza Sultana dan rakan sekolahnya, Shamima Begum dan Amira Abase, kedua-duanya berusia 15 tahun ketika itu, terbang dari Lapangan Terbang Gatwick ke Turki pada 17 Februari 2015 selepas memberitahu ibu bapa, mereka keluar pada hari itu.

Pelajar Bethnal Green Academy itu kemudian memasuki Syria dan dianggap tinggal di Raqqa, kubu kuat IS. – Agensi