Pelajar UMSKAL maut di Labuan

Pelajar UMSKAL maut di Labuan

LABUAN, 22 Jun (Bernama) – Seorang pelajar Kolej Antarabangsa Labuan Universiti Malaysia Sabah (UMSKAL) terbunuh manakala dua rakannya cedera parah dalam kemalangan jalan raya petang Ahad.

Pelajar yang maut berusia 22 tahun berasal dari Kuantan, Pahang terbabit dalam kemalangan pada pukul 4 petang di Kg Merinding, di sini, apabila kereta Perodua Kenari yang dipandu rakannya cuba mengelak daripada melanggar seekor anjing lalu terbabas dan merempuh sebatang pokok.

Ketua Polis Labuan Supt Adzhar Othman berkata dua pelajar yang cedera berasal dari Sabah dan kini mendapat rawatan di Hospital Nukleus Labuan.

Beliau berkata kemalangan berlaku ketika ketiga-tiga pelajar itu sedang dalam perjalanan dari UMSKAL menuju Kg Lajau.