Pelajar UTB timba pengalaman di NUS

Pelajar UTB timba pengalaman di NUS

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Julai – Dua orang pelajar Universiti Teknologi Brunei (UTB) pada masa ini sedang berada di Singapura bagi menghadiri Program Musim Panas Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) mengenai Pembangunan Ekonomi dan Perusahaan, di mana ia berlangsung selama dua minggu dari 10 hingga 23 Julai.

Yang Amat Mulia Pengiran Anak Muhammad Abdul Qayyum bin Pengiran Sura Negara Pengiran Anak Haji Muhammad Bey Muntassir daripada program BBus (Hons) dalam Pengurusan Teknologi BBus (Hons) dan Melvin Tan Sze Chee daripada program HND dan bidang Kejuruteraan Mekanikal menyertai program anjuran NUS itu.

Menurut kenyataan UTB yang dikeluarkan di sini, hari ini program berkenaan menyediakan peluang kepada delegasi untuk mempelajari mengenai perjalanan Singapura ke arah menjadi destinasi bagi perdagangan dan pelaburan antarabangsa.

Semasa program tersebut, mereka akan menghadiri kuliah mengenai topik-topik seperti ‘New Venture Process & Ideation’, ‘Business Model Canvas & Lean Startup’, ‘Go-to-Market Strategy’ dan ‘How to be an Entrepreneur: First 100 Days’.

(Dari kiri) Penolong Naib Canselor (Industri dan Perkhidmatan) UTB, Pengiran Dr. Haji Mohd Esa Al-Islam bin Pengiran Hj Mohd Yunus, Melvin Tan Sze Chee, YAM Pengiran Anak Muhammad Abdul Qayyum dan Dekan Hal Ehwal Pelajar UTB, Awang Joffry bin Haji Bungsu, bergambar ramai di Lapan-gan Terbang Antarabangsa Berakas, kelmarin.
(Dari kiri) Penolong Naib Canselor (Industri dan Perkhidmatan) UTB, Pengiran Dr. Haji Mohd Esa Al-Islam bin Pengiran Hj Mohd Yunus, Melvin Tan Sze Chee, YAM Pengiran Anak Muhammad Abdul Qayyum dan Dekan Hal Ehwal Pelajar UTB, Awang Joffry bin Haji Bungsu, bergambar ramai di Lapan-gan Terbang Antarabangsa Berakas, kelmarin.

Mereka juga akan menyertai sesi-sesi dialog bersama usahawan-usahawan, membuat pembentangan projek serta lawatan ke syarikat-syarikat, pertubuhan kerajaan dan tapak-tapak warisan kebudayaan.

Di samping itu, mereka juga akan berinteraksi dengan pelajar-pelajar setempat dan delegasi-delegasi dari seluruh dunia dalam persekitaran pelbagai budaya dan kosmopolitan.

Delegasi-delegasi juga akan dapat memahami bagaimana dasar-dasar awam dirumuskan dan mendapatkan pengetahuan mengenai amalan-amalan perniagaan dan pembangunan keusahawanan di Singapura.

ARTIKEL YANG SAMA