Pelajar YSHHB berseronok di Fun Bee Park

Pelajar YSHHB berseronok di Fun Bee Park

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Nov – Rombongan seramai 150 pelajar Tahun 4 Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB), hari ini, mengakhiri lawatan pembelajaran yang menyeronokkan selama dua hari ke Fun Bee Park.

Dalam lawatan berkenaan, para pelajar menyertai pelbagai aktiviti yang menggalakkan mereka memahami apa yang dimakan, di mana dengan tema ‘Kesihatan dan Pemakanan,’ para pelajar membezakan barangan makanan mengikut kumpulan dan fungsi tubuh badan.

Lawatan berkenaan merupakan sebahagian daripada lawatan luar tahunan mereka, dengan guru-guru Sekolah YSHHB menyelia semua aktiviti yang disediakan untuk pelajar.

Aktiviti pembelajaran pertama diadakan di perpustakaan Fun Bee Park yang menampilkan lebih 9,000 buku dalam pelbagai kategori, di mana tenaga pengajar Fun Bee Park memperkenalkan ‘My Plate’, menerangkan lima kumpulan makanan yang menjadi asas untuk diet sihat menggunakan imej yang biasa dilihat.

Pelajar YSHHB yang mengikuti pelbagai aktiviti yang sarat dengan ilmu pengetahuan.
Pelajar YSHHB yang mengikuti pelbagai aktiviti yang sarat dengan ilmu pengetahuan.

pg10_151120_d

Sementara itu, aktiviti kedua pula adalah seni tanah liat di mana mereka belajar menghasilkan magnet peti sejuk susyi mereka sendiri. Aktiviti ini diselia oleh pengajar pusat dan bahan yang digunakan adalah daripada surat khabar lama, tanah liat beraneka warna tanpa toksik, dan glu pertukangan. Para pelajar juga belajar menyediakan rol susyi yang sihat dengan gabungan nasi Jepun, hirisan timun, lobak merah, isi ketam dan telur yang dibalut dengan kepingan rumpai laut.

Aktiviti terakhir adalah menonton beberapa siri video pendek mengenai pilihan makanan yang sihat, ‘Myplate’, dan pemakanan sihat.

Selepas menonton video, tenaga pengajar pusat bertanya beberapa soalan dan berkongsi fakta-fakta untuk pemahaman yang lebih baik.

Pelajar membawa pulang seni pertukangan hasil ciptaan mereka sendiri, rol susyi dan kudap-kudapan daripada Fun Bee Park yang mengandungi pelekat besar, magnet peti sejuk, kertas lukis hitam dengan pen kayu.

ARTIKEL YANG SAMA