Pelajari amalan terbaik tanaman padi

Pelajari amalan terbaik tanaman padi

Oleh Normazlina M.D

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jun – Satu rombongan dari Sengkuang Enterprise, baru-baru ini, telah mengadakan lawatan ke Ladang Padi Syarikat Pakatan Mekar Hijau Sdn Bhd. di Wasan, Kampung Limau Manis, bagi mempelajari amalan-amalan terbaik.

Rombongan yang diketuai oleh pengerusi syarikat berkenaan, Haji Ibrahim bin Haji Husaini disambut oleh Pengarah Eksekutif Syarikat Pakatan Mekar Hijau Sdn Bhd, Dato Paduka Haji A.Jumat bin Haji Zakaria dan Pengarah Urusannya, Awang Muda Yusran Abdullah.

Syarikat Pakatan Mekar Hijau Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 2008 dengan membekalkan jentera-jentera mesin padi, baja dan racun serangga kepada Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, dan pada tahun 2011, Syarikat berkenaan telah menceburi dan mengusahakan pengeluaran benih padi dan kini menjadi salah satu pengeluar benih padi yang disahkan oleh kerajaan.

Ahli rombongan Syarikat Sengkuang Enterprise bergambar ramai semasa mengadakan lawatan ke ladang padi kepunyaan Syarikat Pakatan Mekar Hijau baru-baru ini.
Ahli rombongan Syarikat Sengkuang Enterprise bergambar ramai semasa mengadakan lawatan ke ladang padi kepunyaan Syarikat Pakatan Mekar Hijau baru-baru ini.

Sementara itu, Sengkuang Enterprise pula ditubuhkan pada tahun 2004 bagi menyokong hasrat kerajaan dalam mempelbagaikan ekonomi negara khususnya dalam menghasilkan pengeluaran padi.

Menerusi lawatan tersebut, mereka telah dapat bertukar-tukar pandangan, dan seterusnya berkongsi pengalaman antara dua buah syarikat yang berkaitan dengan penghasilan pengeluaran padi.

Ia dihasratkan dapat menggalakkan kedua-dua buah syarikat berkenaan mengeratkan hubungan silaturahim, serta dapat saling membantu dalam mencapai penghasilan pengeluaran padi yang baik.

ARTIKEL YANG SAMA