Pelajari keseimbangan kehidupan dan kerjaya

Pelajari keseimbangan kehidupan dan kerjaya

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI SEBGAWAN, 15 Jun – Seramai 29 peserta, terdiri daripada warga Institut Perkhidmatan Awam (IPA) menyertai kursus keseimbangan kehidupan dan kerjaya untuk mendapat perspektif menyeluruh terhadap faktor yang menyumbang kepada profesional keibubapaan dan kejayaan dan penentu kejayaan yang boleh membawa kepada kebahagiaan kehidupan yang seimbang.

Kursus yang berlangsung di Gadong itu bertujuan membimbing peserta bagi memperolehi kaedah yang berkesan ke arah mempertingkatkan keyakinan diri dalam melaksanakan tanggungjawab.

Semasa kursus, para peserta diberikan informasi mengenai memperkembangkan personaliti individu ke arah yang positif untuk menyelesaikan kerumitan dengan berkesan dalam kehidupan.

Apa yang diajarkan dalam kursus ini ialah untuk mengenal potensi diri seseorang manusia dan kepentingan ilmu dalam kehidupan dan perancangan dan pengendalian ekonomi dengan cara yang bijak.

Peserta turut didedahkan kepada kemahiran menangani tekanan dalam kehidupan dan mengetahui bahawa mencapai kejayaan dalam hidup juga bergantung kepada matlamat yang jelas.

Hajah Linda Aini ketika menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta.
Hajah Linda Aini ketika menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta.

Antara tajuk yang menarik yang diajarkan ialah keluarga dan kerjaya, berkomunikasi dengan berkesan, keharmonian di dalam institusi keluarga, pengurusan kewangan dan akauntabiliti serta mengenali prioritinya, merancang perbelanjaan, kepentingan cara menabung untuk masa depan, bijak berbelanja, cara mengendalikan tekanan di rumah dan di tempat kerja, Penerapan nilai murni dan kerohanian.

Para peserta menerima sijil masing-masing yang disampaikan oleh Pemangku Penolong Pengarah IPA, Hajah Linda Aini Abdullah.

ARTIKEL YANG SAMA