Pelajari keunikan Kampong Ayer

Pelajari keunikan Kampong Ayer

Gambar ihsan ISB

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mei – Rombongan seramai 95 pelajar Tahun 4 Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) bersama 16 kakitangan dan ibu bapa sukarelawan telah mengadakan lawatan ke Kampong Ayer dan menyertai beberapa aktiviti di Galeri Kebudayaan dan Pelancongan Kampong Ayer, pagi tadi.

Berangkat sama dalam lawatan itu ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel dan Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan ISB, sebagai salah satu mercu tanda kebudayaan dan sejarah paling penting di Brunei, Kampong Ayer yang terkenal itu memberikan peluang unik kepada pelajar-pelajar untuk mempelajari kehidupan di salah satu penempatan air terbesar di dunia, memahami latar belakang kebudayaan dan sejarah Brunei serta melihat beberapa mercu tanda penting Brunei yang lainnya.

Lawatan bermula dengan menaiki perahu tambang dari Derma Diraja menyusuri Sungai Brunei dan menyaksikan mercu-mercu tanda seperti rumah-rumah di Kampong Ayer, Istana Darussalam, Istana Nurul Iman, Masjid Omar ‘Ali Saifuddien dan Mahkamah Tinggi Brunei.

Dari segi tarikan akademik, murid-murid mempelajari mengenai struktur dan sistem yang membolehkan penduduk hidup dalam suasana sedemikian. Mereka belajar mengenai kepentingan paip air dan jambatan, akses elektrik, masjid-masjid, sekolah, balai-balai bomba dan polis serta stesen minyak.

YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel dan YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim berkenan bergambar ramai bersama ahli-ahli rombongan ISB semasa mengadakan lawatan ke Galeri Kebudayaan dan Pelancongan Kampong Ayer.
YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel dan YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim berkenan bergambar ramai bersama ahli-ahli rombongan ISB semasa mengadakan lawatan ke Galeri Kebudayaan dan Pelancongan Kampong Ayer.

pg03_160519_b

YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel berkenan mencuba permainan congkak.
YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel berkenan mencuba permainan congkak.

pg03_160519_e

pg03_160519_c

YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim semasa berkenan menyertai lawatan bersama warga ISB ke Kampong Ayer.
YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim semasa berkenan menyertai lawatan bersama warga ISB ke Kampong Ayer.

pg03_160519_f

Selain lawatan menaiki perahu, pelbagai aktiviti juga diadakan di Galeri Kebudayaan dan Pelancongan Kampong Ayer yang bertujuan meningkatkan kesedaran para pelajar mengenai sejarah dan kebudayaan Kampong Ayer.

Selepas menonton video pengenalan yang mendokumentasikan sejarah perkampungan di atas air sepanjang 1,000 tahun, murid-murid juga belajar mengenai aktiviti tenunan. Walaupun tidak berkesempatan menenun kain, mereka diberi peluang mengayam bakul dan tikar. Di galeri itu juga, rombongan berpeluang menaiki menara pemerhati dan menunjukkan bakat seni mereka dengan cuba melukis landskap yang dapat dilihat. Sebaik sahaja siap, mereka kembali ke Dermaga Diraja untuk balik ke kampus ISB di Sungai Hanching.

Menurut kenyataan itu, bagi sebilangan murid dan guru yang tidak pernah ke Kampong Ayer, lawatan itu merupakan pengalaman yang menyedarkan, dipenuhi dengan pemahaman lebih mendalam mengenai kehidupan penempatan di atas air, sejarah Brunei dan keseronokan belajar di atas perahu di bawah langit cerah.

ARTIKEL YANG SAMA