Pelajari masakan terkini

Pelajari masakan terkini

Oleh Pengiran Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Mac – Lebih 10 orang peserta telah menyertai kelas masakan anjuran Nostalgic Bumblee Bee Cafe yang mengongsikan pelbagai tip masakan, yang berlangsung di Tingkat satu, Citi Square, Berakas. Kelas masakan tersebut memberikan tip mengenai menu-menu terkini seperti membuat roti, tart, kek, piza dan banyak lagi di bawah bimbingan cef tempatan iaitu Cef Kahar.

Selain itu, kelas yang dibukakan kepada orang ramai termasuk kanak-kanak dan dewasa itu juga mengongsikan pelbagai petua dan langkah-langkah masakan secara teratur.

Dengan adanya kelas ini, ia akan dapat memberi peluang kepada orang ramai belajar ilmu masakan daripada cef tempatan yang berpengalaman, selain dapat mendalami kemahiran membantu perniagaan makanan yang dipelopori oleh anak-anak muda Brunei yang semakin membesar.

Selain kelas masakan, kafe tersebut juga menawarkan penggunaan kafe untuk majlis-majlis tertentu seperti sambutan hari jadi, mesyuarat dan sebagainya, serta penyewaan ‘Cubes’ untuk perniagaan orang ramai. Nostalgic Cafe dimiliki oleh sekumpulan belia tempatan yang masih menuntut di institut-institut pengajian tinggi Brunei. Jika berminat dalam apa jua keperluan, orang ramai boleh menghubungi talian 8809888.

Sesi bergambar ramai bersama para peserta.
Sesi bergambar ramai bersama para peserta.

ARTIKEL YANG SAMA