Pelajari masyarakat berbeza

Pelajari masyarakat berbeza

Oleh Anwar Rosly

 

BELAIT, 28 Mac – Sekumpulan seramai 14 orang pelajar dari Kelab Hal Ehwal Kemanusiaan Curtin Sarawak (HACS) Universiti Curtin Sarawak, hari ini, memulakan lawatan sosial selama empat hari sebagai salah satu aktiviti daripada Program ‘Building Brunei’.

Lawatan hari pertama membawa mereka ke rumah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Mohd Shafiee bin Ahmad yang juga selaku Ketua Kampung Lumut I, yang menceritakan mengenai latar belakang Negara Brunei Darussalam, tradisi, budaya dan sejarahnya dari dahulu kala.

Rombongan pelajar berkenaan diketuai oleh Pengerusi HACS, Nurul Qamariyyah binti Haji Abdul Wahab yang memberitahu Media Permata bahawa lawatan itu juga akan membawa mereka ke tiga lagi lokasi lain iaitu Pusat Bahagia Eric Goh, Rumah Orang-orang Tua di Seria dan Rumah Panjang Mendaram Mukim Labi di mana mereka akan bermalam di sana sebelum balik pada 31 Mac.

Menurut beliau lagi, objektif program adalah untuk mempelajari tentang masyarakat yang berbeza dan tradisi serta budaya di luar negara.

Yang Berhormat Haji Mohd Shafiee bergambar ramai bersama rombongan dari Universiti Curtin, Sarawak.
Yang Berhormat Haji Mohd Shafiee bergambar ramai bersama rombongan dari Universiti Curtin, Sarawak.
Yang Berhormat Haji Mohd Shafiee ketika menerangkan mengenai sejarah silam Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Haji Mohd Shafiee ketika menerangkan mengenai sejarah silam Negara Brunei Darussalam.

“Selepas lawatan ini, pelajar-pelajar akan dipelawa untuk mengisi kaji selidik bagi memberikan maklum balas daripada interaksi dan aktiviti-aktiviti di mana mereka mengambil bahagian ketika berada di negara ini, yang kemudiannya akan dikemukakan kepada HACS untuk digunakan bagi perkembangan program-program akan datang,” jelasnya lagi.

Daripada kajian ini pula, ahli jawatankuasa HACS akan dapat menilai mengenai lawatan tersebut dan pada masa yang sama mempelajari bagaimana program tersebut dapat dibangunkan lagi dengan mengikuti aktiviti-aktiviti berfaedah dan bermanfaat untuk dibawa balik, ujar beliau lagi.

ARTIKEL YANG SAMA