Pelajari pembuatan piza

Pelajari pembuatan piza

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Mei – Seramai 15 orang pelajar dari Kelas Pra-Vokasional and Kelas Kemahiran, Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pizza Hut, The Airport Mall Berakas, hari ini.

Menurut Pengurus Pemasaran Pizza Hut, Izan Zein, lawatan ini merupakan yang pertama kali diadakan oleh pusat itu di mana mereka diberi peluang untuk membuat piza sendiri sebagai salah satu subjek dalam penyediaan makanan.

Lawatan ini juga merupakan salah satu Program Kesedaran Masyarakat Pusat Ehsan yang akan membantu setiap pelajar mengenali benda baru di samping meningkatkan kebolehan dalam bidang yang diceburi masing-masing.

Menurut salah seorang guru pelajar pusat itu, para pelajar amat gembira apabila tiba di Pizza Hut kerana tahu mereka akan belajar membuat piza, dan apa yang lebih menggembirakan mereka lagi ialah setiap piza yang mereka buat akan dibawa pulang.

Pelajar Pusat Ehsan membuat piza.
Pelajar Pusat Ehsan membuat piza.

ARTIKEL YANG SAMA