Pelajari proses pembuatan VCO

Pelajari proses pembuatan VCO

Oleh Normazlina M.D

TUTONG, 11 Sept – Seramai 80 orang belia dan kanak-kanak daripada Persatuan Hainan yang diketuai oleh Wee Khai Hong, kelmarin, mengadakan lawatan ke Perusahaan Minyak Kelapa Dara (VCO) di Tanjong Maya, Tutong.

Kedatangan rombongan dialu-alukan oleh Pegawai Tugas-tugas Khas, Dayang Siti Joriahari binti Johari selaku Ketua Bahagian Korporat Jabatan Daerah Tutong; Penghulu Mukim Tanjong Maya, Haji Wahab bin Haji Apong; Pengusaha Minyak Kelapa Dara, Hajah Hasnah binti Haji Ibrahim dan juga keluarga bersama ahli-ahli Lembaga Badan Penyelaras dan Promosi Pelancongan Daerah Tutong.

Turut hadir mengikuti lawatan tersebut ialah mahasiswa-mahasiswi Universiti Brunei Darussalam (UBD).

Sebelum lawatan dimulakan, rombongan diberikan penerangan ringkas mengenai perusahaan VCO dan seterusnya berpeluang menyaksikan pameran dan membeli produk-produk VCO yang dihasilkan oleh perusahaan tersebut.

Tujuan lawatan adalah untuk menyaksikan lebih dekat proses-proses pembuatan Minyak Kelapa Dara selain menyokong perusahaan tempatan dalam memajukan ekonomi Negara.

Gambar ramai rombongan semasa mengadakan lawatan ke Perusahaan Minyak Kelapa Dara (VCO) di Tanjong Maya.
Gambar ramai rombongan semasa mengadakan lawatan ke Perusahaan Minyak Kelapa Dara (VCO) di Tanjong Maya.

ARTIKEL YANG SAMA