Pelakon komedi terkenal meninggal dunia

Pelakon komedi terkenal meninggal dunia

LOS ANGELES, 30 Ogos – Gene Wilder, yang menggembirakan hadirin dengan telatah lucunya dalam komedi ‘ Willy Wonka & the Chocolate Factory’ dan klasik-klasik Mel Brooks termasuklah ‘Blazing Saddles’ dan ‘The Producers’ meninggal dunia semalam pada usia 83 tahun.

Anak saudara lelakinya Jordan Walker-Pearlman berkata pelakon itu meninggal dunia akibat komplikasi Alzheimer’s, sambil berpegangan tangan dengan anggota keluarga dan menarik nafas terakhirnya ketika ‘Somewhere Over The Rainbow’ oleh Ella Fitzgerald’ dimainkan pada alat pembesar suara.

“Dengan dukacita dan sayu, tetapi dengan rasa berterima kasih dengan kehidupan yang dijalani, bahawa saya mengumumkan pemergian suami, ayah dan artis universal, Gene Wiilder, di rumahnya di Stamford, Connecticut,” Walker-Pearlman berkata dalam satu kenyataan.

“Hampir tidak tertahan bagi kami memikirkan kehidupan kami tanpanya.”

Wilder, yang isteri ketiganya Gilda Radner telah meninggal dunia akibat barah rahim, telah dirawat bagi penyakit limfoma pada tahun 2000 dan sejak itu hanya bekerja sekali sekala.

Gambar fail pada 17 Mac, 2008 menunjukkan pelakon dan penulis, Gene Wilder bergambar dengan salinan buku barunya di The Grove di West Hollywood, California. – AFP
Gambar fail pada 17 Mac, 2008 menunjukkan pelakon dan penulis, Gene Wilder bergambar dengan salinan buku barunya di The Grove di West Hollywood, California. – AFP

Dia disanjung kerana komedinya sebagai ‘Waco Kid’ dalam filem ketiga Brook ‘Blazing Saddles.’

Filem tahun 1974 itu menghapuskan mitos yang memperingati tentang American West, yang menyoroti rasisme, tetapi juga kelantangan bersuara dan kerap disenaraikan antara 10 filem kritikan komedi.

Brooks dan WIilder bergabung dalam skrip yang dicalonkan dalam Oscar bagi filem seterusnya oleh pengarah ‘Young Frankestein’ yang mencuit kegembiraan dalam filem seram Universal pada tahun 1930an.

‘Gene Wilder’ – salah satu bakat hebat sebenar masa kini. Dia menghiasi setiap filem yang kami buat dengan kehebatannya dan menggembirakan kami dengan persahabatan,” Brooks berkata di Twitter. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA