Pelaksanaan AATHP dibincang pada COP-12 hari ini

Pelaksanaan AATHP dibincang pada COP-12 hari ini

SINGAPURA, 10 OGOS – Negara anggota ASEAN akan membincangkan pelaksanaan Perjanjian Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan ASEAN (AATHP) pada Persidangan Pihak-Pihak Ke-12 (COP-12) AATHP di Kuala Lumpur, esok.

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Air berkata perbincangan akan termasuk mengenai langkah untuk memantau, mencegah dan mengatasi pencemaran jerebu rentas sempadan.

“Ini termasuk pelaksanaan Sistem Pemantauan Jerebu Sub-Rantau ASEAN dan pertukaran maklumat dalam kalangan negara anggota,” katanya.

Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air Singapura Masagos Zulkifli akan hadir pada persidangan itu.

Menurut kementerian itu, persidangan juga akan membuat semakan terhadap kejadian jerebu dan kebakaran di rantau itu sejak setahun lepas. – Bernama