Pelaksanaan HSBB berjalan lancer

Pelaksanaan HSBB berjalan lancer

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Okt – Telekom Brunei Berhad (TelBru) ingin memaklumkan bahawa pelaksanaan perkhidmatan High Speed Broadband (HSBB) mereka di Daerah Belait kini berjalan dengan lancar.

Menurut kenyataan TelBru, di sini, di bawah fasa 2.1, pembinaan jaringan baru HSBB di Kuala Belait, Seria, Sungai Taring dan Sungai Liang sedang berjalan secara beransur-ansur dengan kawasan Kuala Belait, Mumong dan Seria dijangka siap sebelum akhir tahun ini, sementara Sungai Taring dan Sungai Liang akan siap pada awal tahun depan.

Jaringan baru HSBB itu sedang dibina di bahagian-bahagian kecil yang dikenali sebagai kawasan-kawasan kabinet, yang mana secara umumnya merangkumi 10 ke 12 simpang dalam blok atau lingkungan aturan setiap kabinet.

Sebaik sahaja kawasan kabinet itu disiapkan, TelBru akan memulakan sambungan kepada para pelanggan baru dan memindahkan pelanggan sedia ada ke jaringan HSBB itu.

Setakat ini, lebih dari 2,400 pelanggan di kawasan Kuala Belait, Mumong dan Seria disambungkan ke jaringan HSBB dan menikmati perkhidmatan canggih dan Internet pantas TelBru itu.

Kawasan yang bertandakan hijau merupakan kawasan yang sudah mempunyai khidmat HSBB dan ka-wasan bertandakan ungu yang masih dalam pelaksanaan.
Kawasan yang bertandakan hijau merupakan kawasan yang sudah mempunyai khidmat HSBB dan ka-wasan bertandakan ungu yang masih dalam pelaksanaan.

p08-2_20151019

Apabila projek itu disiapkan sepenuhnya, ia akan memberi manfaat kepada 3,440 pelanggan kediaman dan perniagaan di kawasan Kuala Belait, 5,525 di Mumong, 3,660 di Seria, 2,500 di Sungai Taring dan 1,310 di Sungai Liang.

Sejak pengenalannya pada 2013, TelBru telah menyambungkan lebih dari 32,000 pelanggan kediaman dan perniagaan di kawasan Gadong, Madang, Bandar Seri Begawan, Sengkurong, Jerudong dan Rimba dengan menawarkan pengalaman Internet berkualiti tinggi di rumah dan di tempat kerja.

TelBru bercadang untuk menempatkan perkhidmatan seumpamanya pada tahun mendatang di Daerah Tutong dan kawasan Muara yang akan memanfaatkan kira-kira 1,600 dan 1,300 rumah dan perniagaan di kedua-dua kawasan tersebut.

Para pelanggan boleh menyemak sama ada kawasan mereka bersedia untuk menggunakan perkhidmatan HSBB melalui laman web www.telbru.com.bn/hsbb-areas yang dikemas kini dari semasa ke semasa dan sesiapa yang ingin memohon perkhidmatan tersebut bolehlah mengunjungi cawangan-cawangan TelBru di seluruh negara.

Bagi sebarang maklumat lanjut, para pelanggan boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian 111.

ARTIKEL YANG SAMA