Pelaku ‘bom kanggaru’ dipenjara seumur hidup

Pelaku ‘bom kanggaru’ dipenjara seumur hidup

SYDNEY, 30 Jun (AFP) – Seorang remaja Australia yang dituduh memasang bahan letupan pada kanggaru dan melepaskannya ke atas polis sedang menghadapi hukuman penjara seumur hidup selepas mengaku bersalah hari ini untuk merancang satu serangan pengganas.

Sevdet Besim ditahan di Melbourne pada tahun lalu apabila dia berumur 18 tahun dan dituduh merancang melanggar pegawai polis dengan sebuah kereta, memenggal kepala mereka dan seterusnya menembak orang lain pada perarakan Hari Anzac untuk tentera Australia pada 25 April.

Dia mengaku bersalah atas satu tuduhan “melakukan persediaan atau merancang satu serangan pengganas”, beritahu jurucakap Mahkamah Tinggi Victoria kepada AFP, yang membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup.

ARTIKEL YANG SAMA