Pelampau dipenjara 9 tahun berhubung serangan maut

Pelampau dipenjara 9 tahun berhubung serangan maut

JAKARTA, 23 Nov – Sebuah mahkamah Indonesia hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama sembilan tahun ke atas seorang pelampau berhubung peranannya dalam serangan bom nekad dan senjata di Jakarta yang didakwa dilakukan oleh kumpulan Islamic State (IS).

Saiful Muhtorir didapati bersalah kerana membantu menyalurkan wang tunai kepada militan semasa serangan pada Januari, yang mengorbankan empat orang awam dan empat penyerang.

“Saya menerima keputusan hakim. Saya tidak akan memfailkan satu rayuan,” Muhtorir memberitahu bilik mahkamah.

Muhtorir, juga dikenali sebagai Abu Gar, didapati bersalah kerana memiliki senjata. Para pendakwa telah menda-patkan hukuman penjara 10 tahun atas jenayahnya.

Serangan itu – yang pertama didakwa oleh IS di Asia Tenggara – menyaksikan peristiwa dramatik ketika seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya di Starbucks dan pasukan keselamatan menumpaskan militan bersenjata. – AFP

Gambar fail yang diambil pada 14 Januari menunjukkan polis Indonesia berlindung di sebalik sebuah kenderaan ketika mereka memburu suspek selepas siri letupan melanda bandar Jakarta. Mahkamah pada 23 November telah memenjarakan seorang pelampau yang terlibat dalam serangan berkenaan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA