Pelan Takaful untuk guru-guru

Pelan Takaful untuk guru-guru

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Mei – Takaful Keluarga Insurans Islam TAIB (IITFT), hari ini, telah memperkenalkan satu lagi produk terbarunya yang dikhaskan bagi guru-guru yang dinamakan Pelan Takaful Guru-Guru.

Kelebihan pelan ini adalah, pampasan kewangan akan diberikan kepada ahli-ahli jika terjadinya kematian atau kecacatan kekal akibat penyakit atau kemalangan.

Ia diadakan bagi melindungi guru-guru sekolah yang menyertai pelan berkenaan yang berdaftar di Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Terdapat tiga jenis pelan yang boleh dipilih para guru mengikut keperluan dan menepati syarat masing-masing.

Menurut IITFT, antara objektif pelan ini adalah untuk menyediakan pampasan kewangan yang dihasratkan untuk mengurangkan beban keluarga dan menggalakkan serta mengeratkan hubungan antara sektor awam dan swasta dalam perkhidmatan hal ehwal sosial.

Dalam masa yang sama, ahli-ahli juga akan berpeluang menikmati faedah elaun harian jika mereka ditahan di wad ekoran kemalangan sehingga 30 hari dan tempoh perlindungan adalah selama setahun dan meliputi seluruh dunia.

ARTIKEL YANG SAMA