Pelan transformasi Malaysia memperkenalkan 13 inisiatif baru

Pelan transformasi Malaysia memperkenalkan 13 inisiatif baru

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Pos Malaysia Bhd, yang pelan transformasinya kini mencapai fasa ketiga, meluluskan 13 inisiatif baharu untuk meningkatkan lagi hasilnya, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh.

Penyedia perkhidmatan pos negara itu melancarkan pelan strategik lima tahunnya pada 2012, antara lainnya, untuk mempelbagaikan hasil.

“Kami mahu menggunakan sepenuhnya aset kami dan oleh kerana kebanyakan inisiatif lama mengambil masa kira-kira tiga tahun untuk direalisasikan, akan ada inisiatif baharu diperkenalkan untuk memastikan syarikat bergerak seiring dengan rancangan kami untuk menjana lebih banyak hasil,” katanya kepada pemberita pada pelancaran Pos Laju EziDrive-Thru, di sini, hari ini.

Mohd Shukrie berkata dalam tempoh empat hingga lima tahun lepas, syarikat itu menyaksikan hasilnya meningkat secara konsisten.

“Dalam tahun kewangan yang berakhir pada 30 Mac, 2015, hasil kami berjumlah RM1.7 bilion berbanding RM1 bilion kira-kira empat hingga lima tahun lepas.

“Ia adalah peningkatan kira-kira 70 peratus,” katanya.

Sementara itu, Mohd Shukrie berkata dengan pelancaran EziDrive-Thru itu, Pos Laju menyasar menambah bilangan stesen Pos Laju EziDrive-Thru kepada sepuluh pada akhir tahun daripada tiga yang ada sekarang. Syarikat itu ketika ini sedang mencari lokasi yang sesuai di seluruh negara. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA