Pelancaran filem Puteri Bukit Tempayan Pisang

Pelancaran filem Puteri Bukit Tempayan Pisang

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Mei – Filem Lagenda Puteri Bukit Tempayan Pisang yang dihasilkan oleh anak tempatan kini boleh disaksikan di Time Square Cineplex dengan pelancarannya hari ini.

Hadir menyaksikan tayangan perdana dan seterusnya merasmikannya di panggung wayang berkenaan ialah Pengarah Radio Televisyen Brunei (RTB), Haji Muhd Suffian bin Haji Bungsu. Turut hadir ialah Pengerusi PeSTAB, Awang Serudin bin Haji Awang Damit.

Filem berdurasi lebih satu jam ini sesuai ditonton semua peringkat umur di mana ia menceritakan sekumpulan pelajar yang ditugaskan membuat penyelidikan mengenai legenda Brunei di mana salah seorang pelajar terjumpa dengan puteri Bunia yang dikenali dengan Puteri Bukit Tempayan Pisang yang cuba untuk mengambil kembali lima biji kemala hikmat miliknya yang telah diambil oleh penjaga Gunung Kinabalu.

Pengarah RTB memotong reben sebagai perasmian bermulanya tayangan filem tersebut.
Pengarah RTB memotong reben sebagai perasmian bermulanya tayangan filem tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA