Pelancaran Mercedes C-Class Coupe terbaru

Pelancaran Mercedes C-Class Coupe terbaru

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Mei – Para pelanggan Perbankan Prioriti Bank Standard Chartered (SCB), malam ini, telah berpeluang menyaksikan majlis pelancaran eksklusif bagi kereta sedan mewah Mercedes terbaru C-Class Coupe oleh Jati Transport Sdn Bhd.

Majlis yang dianjurkan bagi pelanggan-pelanggan SCB itu berlangsung di Bilik Pameran Jati Transport, Gadong dan dihadiri kira-kira 150 orang yang terdiri daripada pelanggan dan warga media.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pengerusi Eksekutif Jati Transport Sdn Bhd, Pengiran Anak Haji Jaafar ibni Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam.

Ketua Pegawai Eksekutif SCB, Rino Donosepoetro, dalam ucapan alu-aluannya meluahkan perasaan berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Jati Transport pada pelancaran eksklusif Mercedes C-Class Coupe itu, sekali gus memberikan peluang kepada pelanggan-pelanggan SCB untuk yang pertama melihat lebih dekat model baru Mercedes yang sportif.

Tetamu kehormat bersama dengan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Standard Chartered ketika meninjau bahagian dalam kereta terbaru berkenaan.
Tetamu kehormat bersama dengan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Standard Chartered ketika meninjau bahagian dalam kereta terbaru berkenaan.
Wajah kereta terbaru Mercedes sedan C-Class Coupe berkenaan.
Wajah kereta terbaru Mercedes sedan C-Class Coupe berkenaan.

“Kami percaya dengan meluangkan masa yang berharga bersama pelanggan-pelanggan, kami akan dapat memahami mereka dan keperluan kewangan mereka dengan lebih baik, dalam beberapa kes, bagi perniagaan mereka,” tambahnya lagi.

Manakala itu, Pengurus Besar Jati Transport, Alfred So pula menyatakan perasaan gembira menjadi tuan rumah bagi acara berkenaan bersama-sama dengan SCB kerana dapat membawakan kereta terbaru berkenaan kepada pelanggan bank tersebut.

“Acara seperti ini membolehkan dua jenama antarabangsa memanfaatkan kuasa penjenamaan global mereka bagi membawa acara gaya hidup elegan bertepatan dengan segmen ini,” tambahnya.

SCB telah menurunkan syarat minimum agar pelanggan baru dapat menggunakan perkhidmatan Perbankan Prioriti mereka.

ARTIKEL YANG SAMA