Pelancaran peluru berpandu Korea U gagal

Pelancaran peluru berpandu Korea U gagal

SEOUL, 15 April (AFP) – Korea Utara telah mencuba dan gagal melakukan ujian apa yang nampaknya peluru berpandu Musudan jarak sederhana pada hari lahir pemimpin pengasas Kim II-Sung hari ini, kesilapan mengaibkan selepas Pyongyang mendakwa siri-siri kejayaan dalam program senjata nuklearnya.

Peluru berpandu hilang dari radar pengawasan beberapa saat selepas dilancarkan dan dipercayai telah meletup di tengah udara, menurut pegawai perisikan Seoul yang dipetik sebagai berkata oleh agensi berita Yonhap.

Terdapat laporan perisikan meluas beberapa hari kebelakangan bahawa Korea Utara sedang membuat persiapan bagi ujian penerbangan peluru berpandu Musudan buat julung kalinya, yang dipercayai mampu menyerang pangkalan AS di Pulau Pasifik, Guam.

“Kami menilai bahawa pelancaran itu telah gagal,” menurut seorang pegawai pertahanan AS dengan menambah kata bahawa ia barangkali peluru berpandu Musudan.

Hari lahir Kim II-Sung pada 15 April – datuk kepada pemimpin masa ini, Kim Jong-Un – adalah cuti umum besar di Korea Utara, yang mana ulang tahun-ulang tahun politik penting kerap diperingati dengan memperlihatkan kekuatan ketenteraan.

ARTIKEL YANG SAMA